Kaunter Tabung Haji di PI Linggi
02 November 2017 | Aktiviti Terkini1 November 2017 – Lembaga Tabung Haji Port Dickson telah mengadakan perkhidmatan Mobile Kaunter di PI Linggi pada 1 November yang lepas daripada pukul 9.30 pagi hingga ke 5.30 petang. Kaunter ini dibuka atas inisiatif PI untuk membantu memudahkan penduduk sekitar Linggi melakukan urusan tabung haji mereka. Bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Ekonomi Digital yang membekalkan wifi percuma dan internet berkelajuan tinggi, urusan-urusan perbankan yang banyak menggunakan internet berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada hari tersebut ialah :
- Membuat kemaskini maklumat terkini
- Pendaftaran Haji awal Skim daftar Haji KWSP
- Membuat penamaan (waris) atas simpanan di Tabung Haji
- Penyerahan (pin mailer) Sistem Internet Tabung Haji (e-thijari)
- Penerangan berhubung lain-lain produk TH yg tersedia
- Membuka Akaun Tabung Haji (secara PERCUMA) - jika belum ada akaun Tabung Haji
Tuan Haji Isahak Bin Abd Kahar, Pengurus Lembaga Tabung Haji Cawangan Port Dickson bersama seorang lagi petugas iaitu Tuan Haji Dzulkifli Hamid amat berterima kasih dan gembira dengan sambutan yang diterima, mereka turut mengalu-alukan sekiranya PI Linggi sudi memberi kerjasama dan menjemput pihak Tabung Haji untuk datang membuka kaunter lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: