Booth PI Linggi di Program Mesra Rakyat MPPD 2017
19 November 2017 | Aktiviti Terkini18 November 2017 – Pada 18 November 2017 bersamaan hari Sabtu yang lalu, PI Linggi telah terlibat di dalam menjayakan Program Mesra Rakyat MPPD 2017 bertempat di Padang Futsal Kampung Linggi.PI Linggi bersama-sama dengan beberapa agensi yang lain seperti KOSPEN, JKM, MPPD dan Sekolah Linggi telah dijemput untuk membuka booth atau kaunter bergerak di sepanjang program tersebut yang berlansung dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari.
Majlis yang dirasmikan oleh ADUN Linggi, YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza ini berjaya menarik kira-kira 200 orang pengunjung. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Senamrobik, Sukaneka, Pertandingan Gasing Melayu serta Sesi Mendengar bersama MPPD dan ADUN. Bagi menarik pengunjung untuk datang ke Booth PI, beberapa aktiviti menarik berasaskan ICT dan advokasi telah direka iaitu Pertandingan Susun dan Kira Jalur Gemilang (PowerPoint), Pertandingan Teka Silangkata eWaste – ICT (Excel) untuk kanak-kanak dan Bertulis untuk dewasa.
Teka Silangkata eWaste ini agak mencabar kerana peserta perlu membaca dan memahami maklumat yang terdapat di dalam risalah Ewaste yang diberi dan kemudian menjawab soalan silangkata yang diberi. Selain itu, booth PI Linggi turut mengadakan perkhidmatan istimewa mencetak stiker nama untuk pelajar-pelajar dan Khidmat Semakan BR1M & SPR secara online. Turut dibawa ke booth ialah Tong E-Waste bagi tujuan pengumpulan barang elektronik terpakai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: