Program ICT Ibu & Anak (Minggu 1)

06 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

5 Ogos 2018 – Pada setiap hari Ahad sepanjang bulan Ogos ini, PI Linggi akan mengadakan satu program yang diberi nama Program ICT Ibu & Anak. Ianya bertujuan untuk menarik golongan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk datang belajar tanpa perlu risau memikirkan anak-anak mereka, kerana pada masa yang sama anak mereka akan turut belajar melalui modul lain yang bersesuian dengan kanak-kanak.

Ini bermakna terdapat dua modul diajar di dalam 1 kelas yang sama. Bagi Modul Dewasa, peserta akan diajar oleh Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini manakala Puan Norhapidah iaitu Penolong Pengurus PI pula akan mengajar bagi Modul Kanak-Kanak. Kelas bermula pada jam 10 pagi sehingga ke jam 1 tengahari. Selama 3 jam ini, Modul Dewasa dibahagikan kepada 3 segmen pada setiap 1 jam. Bagi minggu pertama ini, segmen pertama ialah Advokasi ‘Check Your Label’, segmen kedua adalah Basic ICT ‘Apa itu Internet’ dan segmen ketiga ialah Laman Sosial – Facebook.

Banyak yang telah mereka pelajari, antaranya Fungsi & Tetapan, Fanpage, Cara buat Group FB, Cara menyimpan video dari FB ke telefon dan banyak lagi. Sementara bagi Modul Kanak-Kanak, 1 jam adalah pengenalan kepada PC Hardware dan 2 jam selebihnya mereka diajar mengenai Microsoft Word. Anak-anak ini diajar cara menaip ABC, Perkataan dan Karangan sesuai dengan usia mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali