Program Jom Bina Kerjaya

02 April 2018 | Aktiviti Terkini

1 April 2018 – Pusat Ekonomi Digital Kluster Port Dickson dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Port Dickson telah menganjurkan satu program bertajuk ‘Jom Bina Kerjaya – One Step Forward’ yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Port Dickson pada 1 April 2018 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ianya dihadiri oleh seramai 25 orang peserta terdiri daripada belia-belia di daerah port Dickson seperti lepasan SPM dan yang sedang mencari pekerjaan.

Tenaga pengajar program ini adalah terdiri daripada Pengurus/Penolong Pengurus PI Kluster Port Dickson ini sendiri. PI-PI yang terlibat dalam Kluster Port Dickson ini ialah PI Linggi, PI Kg. Paya, PI Lukut & PI Kg. Si Rusa.

Pelbagai topik mengenai persiapan sebelum membina kerjaya telah diajar di dalam program ini seperti:

Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Kawasan Linggi iaitu Dato’ Abdul Rahman Bin Haji Mohd Redza yang hadir untuk memberi ucapan serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali