Be Internet Awesome – Interland Game

6 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

5 Oktober 2018 – Syarikat Google telah memperkenalkan satu laman web yang memberi pendidikan tentang keselamatan di internet dalam bentuk permainan interaktif yang sangat menarik yang diberi nama Interland Game.

Terdapat 4 jenis permainan di laman ini di mana pemain boleh bertarung untuk menangani hackers, phishers, oversharers dan bullies. Ianya amat menarik kerana selain dapat bermain, pengguna juga dapat belajar dan mengetahui cara untuk menjadi warga digital yang baik.

Maka dengan itu, PI Linggi telah mengadakan satu kelas selama 2 jam yang bermula dari pukul  4.00 petang hingga lah ke pukul 6.00 petang untuk memperkenalkan tentang permainan ini kepada pelajar-pelajar. Seramai 12 orang pelajar telah hadir ke kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pelajar di lihat sangat seronok bermain dan dalam masa yang sama dapat menambah ilmu mereka tentang keselamatan di internet. Interland Games ini boleh dibuka melalui capaian g.co/interland samada menggunakan komputer mahupun mana-mana peranti pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali