Kelas eLearning @ Abcya.Com

26 November 2019 | Aktiviti Terkini

25 November 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas eLearning Abcya.com yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 25 November 2019. Seramai 2 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.30 tengah hari.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam pembelajaran digital menggunakan aplikasi abcya.com kerana ianya berbentuk permainan yang boleh menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pemilihan permainan pembelajaran yang sesuai, permainan mengeja menggunakan huruf-huruf yang diberikan dan permainan matematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali