Program Advokasi Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, PD

16 November 2019 | Aktiviti Terkini

15 November 2019 – PI Linggi dengan kerjasama PI Batang Melaka telah mengadakan Program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan penggunaan internet dan media sosial tanpa kawalan.

Di dalam program ini, para peserta diberi penerangan mengenai keselamatan internet seperti “Oversharing”, Buli Siber, “Online Grooming” dan “Sexting”. Selain itu, bagi membuatkan suasana menjadi lebih meriah, peserta juga diberikan kuiz dan permainan “Chubby Bunny” yang berkonsepkan keselamatan internet. Setiap peserta yang menyertai permainan tersebut mendapat hadiah sebagai tanda penghargaan.

Setelah tamat sesi penerangan mengenai keselamatan internet, peserta diberi taklimat kesimpulan mengenai keseluruhan tajuk yang dibincangkan. Harapan kami dengan setiap penerangan dan maklumat yang dikongsi, ianya sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada peserta untuk lebih berhati-hari dalam menggunakan internet sebagai medium sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali