Kelas Asas Microsoft Excel

1 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

30 November 2019 – Bersempena dengan cuti sekolah yang baru bermula, PI Linggi telah mengadakan kelas-kelas ICT bagi mengisi masa lapang para pelajar dan sekaligus memberi pengetahuan serta kemahiran kepada mereka. Bagi minggu ini PI Linggi telah mengadakan kelas Asas Microsoft Excel. Peserta diajar cara untuk menggunakan Microsoft Excel seperti fungsi table, menukar warna background cell dan menukar width dan height row dan cell. Kelas diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar sekolah rendah. Selepas sesi pembelajaran tamat, peserta diminta menghasil sebuah permainan Binggo menggunakan kaedah yang telah diajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali