Kursus Rekabentuk Grafik T-Shirt

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

13 Oktober 2019 – Satu kursus khas telah diadakan oleh PI Linggi iaitu Kursus Asas Rekabentuk Grafik T-Shirt. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta asas rekaan grafik digital, mengkhususkan kepada rekaan grafik t-shirt. Antara perisian yang digunakan di dalam kursus ini ialah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

Peserta diajar cara-cara penggunaan “tools” di dalam perisian tersebut seperti Font dan Typhografi, vektor dan logo, Image Trace dan Polygonal Lasso Tool. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara muat-turun vektor secara percuma dimana ianya sangat penting untuk mendapatkan idea mengenai rekaan grafik. Kursus ini tamat pada pukul 3.30 petang dan setiap peserta mendapat sijil penyertaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali