Bengkel Asas Laman Web HTML5 Siri ke-2

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Bengkel Asas Laman Web HTML5 Siri ke-2 yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 25 Ogos 2019. Seramai 8 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai bengkel ini dan menunjukkan peningkatan dari siri pertama yang hanya 3 peserta sahaja. Bengkel ini bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam pembangunan laman web menggunakan aplikasi HTML5 melalui kaedah yang efektif dan sistematik. Antara pengisian aktiviti bengkel ini adalah pengenalan kepada HTML5 dan CSS, tajuk Utama Laman Web, Kod“Body", elemen di dalam HTML5, "Tag" dan "Attributes", dan struktur dokumen HTML5.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali