Personal Class – Permohonan Sekolah Berasrama Online

28 November 2019 | Aktiviti Terkini

27 November 2019 – Penolong Pengurus PI Linggi telah membantu 2 orang adik beradik iaitu adik Aminudin dan Izhharuddin dalam membuat permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Agama Berasrama. 2 orang pelajar ini terpaksa mengisi borang sendiri kerana ibu-bapanya tidak dapat turut serta atas sebab urusan yang tidak dapat dielakkan. Puan Norhapidah yang bertugas pada hari tersebut telah membantu kedua beradik ini agar permohonan mereka dapat dihantar dengan segera.

Mereka diajar untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang mereka kehendaki, dan kemudian mencari laman-laman web sekolah tersebut. Setelah itu mereka diajar untuk mengisi borang dengan memasukkan maklumat satu persatu. Jika ada data yang tidak berapa pasti, Puan Norhapidah membantu mereka menghubungi sekolah dan bercakap dengan guru untuk mendapatkan kepastian. Setelah boring siap diisi, mereka diajar cara untuk menghantar dan mencetak borang tersebut. Keseluruhan proses memakan masa selama 1 jam bagi mengisi lebih kurang 4 buah sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali