Advokasi Online Grooming

23 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

22 Oktober 2019 – Bertempat di Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian, Pi Linggi telah mengadakan Advokasi Online Grooming kepada 40 Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Muhammad Yusof dan juga ibubapa yang hadir. Taklimat diadakan selama 1 jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi dimana kami memberi penerangan kepada peserta yang hadir tentang bagaimana proses online grooming diadakan dan bahaya yang akan terjadi sekiranya mereka terjebak didalamnya.

Selain itu, peserta turut ditayangkan dengan video ‘Kayleighs Love Story’ iaitu kisah benar mengenai mangsa yang ditipu dan dibunuh oleh kenalan internet nya, video Cyber Grooming dan video contoh perbualan (chatting) bagaimana taktik pemangsa menarik perhatian mangsa untuk berbual di internet. Diharap dengan taklimat dan kempen kesedaran yang diadakan oleh PI Linggi ini, dapat membantu orang ramai dari terjebak dalam perkara-perkara yang tidak diingini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali