Tutorial Installation Adobe Illustrator

19 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

18 Oktober 2019 – Selain dari kelas-kelas formal yang diadakan di PI Linggi, PI Linggi turut sering menerima permintaan untuk kelas-kelas persendirian atau bantuan tunjuk ajar dari komuniti di sini. Pada hari ini, kami dikunjungi oleh seorang pelajar iaitu Muhammad Alif bin Md Nasir yang meminta tunjuk ajar tentang cara installation Adobe Illustrator.

Antara yang diajar kepada Muhammad Alif bin Md Nasir ialah cara-cara Installation Adobe Illustrator, cara-cara untuk memuat-turun font, cara-cara memuat-turun vektor dan asas penggunaan Adobe Illustrator. Kelas persendirian ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali