Personal Class Noriah Ghani

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

4 Oktober 2019 – Selain dari kelas-kelas formal yang diadakan di PI Linggi, PI Linggi turut sering menerima permintaan untuk kelas-kelas persendirian atau bantuan tunjuk ajar dari komuniti di sini. Pada hari ini, kami dikunjungi oleh seorang suri rumah iaitu Puan Noriah Binti Ghani yang meminta tunjuk ajar tentang cara mendaftar akaun Astro di laman web astro.com.my.

Beliau disarankan oleh sahabatnya yang sebelum ini telah datang belajar perkara yang sama di PI Linggi. Sahabatnya juga turut mengakui bahawa pengurusan akaun secara online kini lebih mudah. Antara yang diajar kepada Puan Noriah ialah, Cara untuk mendapatkan nombor akaun Astro, Pendaftaran melalui email, Cara daftar masuk akaun Astro, Mencari dan mendapatkan penyata bil Astro, Memautkan akaun Astro dengan media sosial, Pembayan secara online dan sebagainya. Kelas persendirian ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari jam 3.15 petang hingga ke 4.15 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali