Kelas Powerpoint Tokoh Kemerdekaan

17 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

16 Ogos 2019 – Kelas Powerpoint Tokoh Kemerdekaan telah diadakan di Perpustakaan Desa Pengkalan Durian. PI Linggi telah dijemput untuk mengajar peserta membuat poster mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan negara Malaysia menggunakan powerpoint sempena minggu sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan di perpustakaan tersebut. Seramai 16 orang peserta telah menyertai kelas ini yang diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 3 petang hingga 5 petang. Bagi membantu melaksanakan kelas ini, PI Linggi telah membawa beberapa komputer notebook dari PI untuk digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Pengurus PI Linggi iaitu Encik Aiman Mudzafar mengajar peserta-peserta ini membuat poster berdasarkan gambar dan teks yang telah disediakan lebih awal memandangkan kelas ini adalah kelas offline kerana tiada talian internet di perpustakaan, namun begitu peserta masih dapat belajar cara menggunakan powerpoint, memasukkan gambar dan juga teks. Pengurus Perpustakaan Pengkalan Durian iaitu Puan Nor Ain Ariffin turut menyediakan hadiah untuk diberi kepada peserta yang menghasilkan poster paling cantik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali