Kelas postermywall.com & Advokasi Teknologi & Anda

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

23 November 2019 – Bersempena dengan cuti sekolah yang baru bermula dan juga Tuisyen eKelas sesi 2019 yang sudah berakhir, PI Linggi mengadakan dengan lebih giat lagi kelas-kelas ICT bagi mengisi masa lapang para pelajar dan sekaligus memberi pengetahuan serta kemahiran kepada mereka. Bagi minggu ini PI Linggi telah mengadakan kelas postermywall.com. Ianya adalah laman web yang membantu pengguna untuk membuat rekaan grafik media dengan mudah dilengkapi oleh ribuan template yang menarik untuk dipilih.

Peserta diajar cara untuk memilih template yang bersesuaian dan di latih cara untuk menyunting template tersebut. Sebagai latihan, peserta diberi 2 tugasan untuk menyunting iaitu menyunting media grafik untuk Instagram post dan video untuk Whatsapp status. Kelas diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan dihadiri oleh seramai 8 orang pelajar sekolah.

Selepas sesi pembelajaran tamat, peserta diberikan taklimat advokasi mengenai ‘Teknologi & Anda’. Tujuan advokasi ini diadakan adalah bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran digital di kalangan rakyat Malaysia, khususnya untuk menggalakkan penggunaan oleh masyarakat yang kurang liputan perkhidmatan dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi digital dan media serta menggalakkan penyertaan masyarakat dalam persekitaran digital

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali