Sambutan Bulan Kemerdekaan

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 25 Ogos 2019. Seramai 20 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai sambutan ini. Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1.00 petang.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Kuiz Kahoot, Poster Digital Merdeka dan Hiasan Kemerdekaan. Pertandingan Kuiz Kahoot yang dijalankan adalah bertemakan kemerdekaan dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Aktiviti kedua yang dijalankan ialah Poster Digital Merdeka dimana peserta menggunakan aplikasi Adobe Illustrator untuk mereka bentuk poster bertemakan kemerdekaan.

Aktiviti ketiga pula ialah Hiasan Kemerdekaan dimana peserta diberikan hiasan seperti Bendera Malaysia untuk menghias Pusat Ekonomi Digital . Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah untuk lebih mengenali tokoh-tokoh dan sejarah kemerdekaan Malaysia sekaligus menaikkan semangat patriotik ke alam generasi baru anak-anak Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali