Kelas Asas Laman Web Wordpress

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

24 November 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Asas Laman Web Wordpress yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 24 November 2019. Seramai 8 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah menyertai kelas ini dan mereka sudah mempunyai asas HTML5 yang akan digunakan di dalam aplikasi wordpress ini.

Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam pembangunan laman web menggunakan aplikasi Wordpress melalui kaedah yang efektif dan sistematik. Antara pengisian aktiviti kelas ini adalah pengenalan kepada Wordpress, pemilihan dan penukaran tema user interface, penukaran logo dan banner slider dan juga cara-cara mengemaskini page dan post.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali