Misi Digital Raya bersama eKelas – Taklimat Misi 2 & 3

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

18 Mei 2019 – Pada minggu lepas melalui Misi Digital Raya Bersama eKelas, pelajar telah diberikan taklimat mengenai Misi 1: Reka hiasan bertemakan Hari Raya bagi Pusat Internet anda. Tugasan bagi Misi 1 ini merupakan tugasan Kategori Kumpulan.

Bagi minggu ini pula, terdapat dua misi yang harus diselesaikan iaitu:

(Kategori : Individu)

Kehadiran pada minggu ini adalah seramai 6 orang pelajar sahaja, ianya agak kurang memberansangkan memandangkan sekolah, tahfiz dan NGO di kawasan Linggi ini turut mengadakan aktiviti sempena hari raya yang akan tiba. Oleh itu, Penolong Pengurus iaitu Puan Norhapidah Mokhtar mengarahkan peserta untuk menyiapkan Misi 3 sahaja dulu. Bagi Misi 2 iaitu yang memerlukan kerjasama ramai akan diadakan pada tarikh lain yang sesuai memandangkan tempoh tarikh tutupnya ialah 1 minggu.

Untuk makluman Misi Digital Raya Bersama eKelas adalah aktiviti yang diadakan sempena penangguhan tuisyen di bulan Ramadan. Taklimat bagi misi ini disampaikan secara lansung (Live Video) bersama dengan cikgu eKelas pada Hari Sabtu dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Misi harus disiapkan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh taklimat disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali