Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Raya

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

18 Mei 2019 – PI Linggi mengadakan Kelas Membuat Kad Ucapan Hari Raya dan dihadiri oleh seramai 6 orang peserta. Kelas diadakan selama 2 jam dari jam 12 tengahari hingga ke jam 2.00 petang.

Peserta diajar untuk mencari open source iaitu lama web yang menyediakan template graphic design secara percuma di internet. Antara yang diteroka ialah, Canva, Crello & Greetings Island.

Tenaga pengajar iaitu Puan Norhapidah Mokhtar (Penolong Pengurus PI Linggi) telah memilih greetingsisland.com untuk peserta membuat kad ucapan Hari Raya ataupun apa-apa kad ucapan yang sesuai seperti kad ucapan sempena Hari Ibu, Hari Guru, Hari Lahir mahupun Hari Bapa. Peserta diajar menggunakan fitur-fitur yang terdapat di laman web tersebut. Kad-kad itu kemudian dimuat turun, dicetak dan diberikan kepada peserta untuk dikirimkan kepada sesiapa yang mereka tujukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali