Kursus Asas Penternakan Lebah 4.0

08 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

7 Disember 2019 – Kursus Asas Penternakan Lebah Siri ke-4 telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Linggi dengan kerjasama Honey Fera Enterprise. Seramai dua orang peserta yang merupakan bakal pengusaha penternakan madu lebah telah menyertai kelas ini yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Dua peserta yang hadir ini ada terdiri daripada golongan profesional iaitu salah seorang daripada mereka adalah peguam di Kuala Lumpur dan seorang lagi adalah Pengarah Non-Eksekutif di IJM Corporation Berhad dan juga bekas Professor Adjung di School of Law, University of Miami.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan latihan dan bimbingan dalam pengusahaan penternakan lebah madu bagi mengoptimumkan pengeluaran melalui kaedah yang efektif dan sistematik. Antara pengisian aktiviti kursus adalah pengenalan kepada jenis-jenis lebah di Malaysia, pengurusan koloni dan haif, penjagaan koloni lebah dari luar dan dalam kotak, penyakit lebah dan cara-cara membaik-pulih koloni, teknik membesarkan koloni lebah, teknik, menghindari pemangsa-pemangsa lebah, taburan peneluran, bisa lebah sebagai ubat dan praktikal kursus (pemeriksaan haif).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali