Kelas Comic Strips Online

16 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

15 Februari 2020 – PI Linggi telah mengadakan Kelas Comic Strips pada 15 Februari 2020 bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang, ianya dihadiri oleh seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah menengah. Kelas yang diajar oleh Puan Norhapidah (Penolong Pengurus PI Linggi) ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan laman web https://www.makebeliefscomix.com yang mempunyai alatan dalam talian untuk mencipta komik dan boleh digunakan secara percuma.

Selain itu, ianya juga dapat membantu mencungkil kreativiti peserta dengan menghasilkan penceritaan menggunakan komik, meransang minda dan mengasah kemahiran peserta dalam menggunakan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali