Seminar Pencegahan Kebakaran Secara Online dan Advokasi Buli Siber

23 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

22 Ogos 2020 – Pusat Pencegahan Kebakaran FPC telah bekerjasama dengan Pusat Ekonomi Digital Linggi untuk mengadakan taklimat Pencegahan Kebakaran secara percuma kepada komuniti tempatan untuk mempromosikan kesedaran keselamatan kebakaran dan program pencegahan kebakaran. Antara topik yang diajar ialah cara memasang peralatan yang betul penting untuk mencegah kehilangan nyawa dan harta benda dalam kejadian kebakaran, mengajar kanak-kanak apa yang perlu dilakukan jika terjadi sebarang kebakaran, pelan melarikan diri dalam kebakaran dan banyak lagi.

Selepas tamat sesi taklimat Keselamatan Kebakaran, PI Linggi juga memberikan taklimat Advokasi Buli Siber. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan misi kempen Klik Dengan Bijak iaitu mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali