Kelas Microsoft Excel & KDB

16 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

15 Februari 2020 – Pada minggu ini PI Linggi telah mengadakan Kelas Microsoft Excel. Peserta diperkenalkan dengan baris (row) lajur (column) dan sel (cell). Setelah itu perserta diajak bermain permainan BINGO dengan menggunakan excel tersebut. Peserta diarahkan untuk membuat kotak BINGO dengan cara menetapkan ukuran baris dan lajur (tinggi dan lebar) sehingga ianya menjadi segiempat sama dan kemudian meletakkan all border pada 25 kotak sel (5X5).

Peserta bebas untuk menukar tetapan seperti reka bentuk huruf, saiz dan warna agar lebih menarik. Pelajarturut diberikan sedikit Taklimat Advokasi bertajuk Buli Siber, Laman Sosial dan Oversharing. Kelas yang berlansung selama 3 jam ini dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali