Perkongsian FB Live : Program Bicara KDB Siri 03/2020

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

12 September 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi berkongsi FB Live Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 03/2020 bersama peserta dengan menayangkannya di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Ianya berlansung selama 1 jam bermula 10 pagi dan dihadiri oleh seramai 4 orang. Tajuk yang dibicarakan pada hari ini ialah ‘Padah dan Bahaya Terlebih Kongsi di Media Sosial’. Ianya disampaikan oleh Ahli Panel Puan Sharliza Saary (Penolong Pegawai Pejabat MCMC Negeri Kedah) bersama moderatornya iaitu En. Tahir Musa (Timbalan Pengarah Jabatan Penglibatan Komuniti SKMM).

Ketika perkongsian, peserta mendengar bual bicara yang di sampaikan dan sebarang ketidakfahaman akan di terangkan oleh staf PI Linggi yang memantau, jika ada persoalan yang ingin diajukan kepada ahli panel ataupun moderator, staf akan menulisnya di ruangan komen untuk dibaca dan dijawab oleh ahli panel sekiranya berkesempatan. Antara poin menarik yang disampaikan oleh ahli panel ialah kesilapan pengguna internet yang berkongsi gambar meja kerja dan tidak menyedari bahawa mungkin terdapat maklumat yang tidak disedari terpampang di dalam gambar tersebut yang boleh di salahgunakan oleh penjenayah, seperti contoh kad ID pekerja yang mempunyai maklumat peribadi, nota alamat rumah dan sebagainya. Jadi amatlah penting untuk kita sentiasa berhati-hati dengan apa yg kita kongsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali