Perkongsian FB Live : Program Bicara KDB Siri 06/2020

20 September 2019 | Aktiviti Terkini

19 September 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi sekali lagi berkongsi FB Live Program Bicara Klik Dengan Bijak, kali ini untuk Siri 06/2020 bersama peserta dengan menayangkannya di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Ianya berlansung selama 1 jam bermula 10 pagi dan dihadiri oleh seramai 3 orang. Tajuk yang dibicarakan pada hari ini ialah ‘Jenayah Siber - Tak Kenal Maka Terkena’. Ianya disampaikan oleh Ahli Panel En Mohd Rashdi Hasan (Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Negeri Pulau Pinang) bersama moderator iaitu En. Tahir Musa (Timbalan Pengarah Jabatan Penglibatan Komuniti SKMM).

Ketika perkongsian, peserta mendengar bual bicara yang di sampaikan dan sebarang ketidakfahaman akan di terangkan oleh staf PI Linggi yang memantau, jika ada persoalan yang ingin diajukan kepada ahli panel ataupun moderator, staf akan menulisnya di ruangan komen untuk dibaca dan dijawab oleh ahli panel sekiranya berkesempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali