Kelas Frame Gambar Kreatif Powerpoint

20 September 2019 | Aktiviti Terkini

19 September 2020 – Penolong Pengurus PI Linggi telah mengadakan Kelas Frame Gambar Kreatif Powerpoint yang telah dihadiri oleh seramai 3 orang pelajar. Kelas ini berlansung selama 2 jam dari pukul 11 pagi hingga 1 tengahari. Sebelum mula belajar, peserta diajak menonton youtube untuk melihat pelbagai tutorial powerpoint yang bermanfaat untuk menambah kemahiran dan pengetahuan peserta. Tenaga pengajar memilih satu video dan mengajak peserta sama-sama belajar mengikut tutorial tersebut.

Seterusnya, peserta diajar untuk memuat turun dan memasukkan font yang diperlukan untuk membuat frame iaitu font Road Rage, ianya boleh didapati di laman web seperti di 1001freefont.com. Dengan menggunakan font ini, peserta diajar menaip dan membentuk tulisan menjadi bentuk frame dan kemudiannya disunting menjadi bentuk (shape) sehinggalah ke proses terakhir iaitu memasukkan gambar. Peserta digalakkan untuk menggunakan teknik ini untuk membuat slide pada masa akan datang agar slide mereka menjadi lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali