Personal Class – Muhd Muhsin

19 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

18 Jun 2020 – Pada hari Rabu 17 dan 18 Jun 2020 yang lalu, adik Muhammad Muhsin hadir ke PI Linggi untuk belajar menggunakan Zoom bagi memudahkan dirinya mengikuti kelas tuisyen online. Adik Muhsin yang tinggal sementara dengan neneknya di kampung di mana rumah neneknya itu tidak mempunyai komputer dan talian internet, tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran memandangkan ketika ini sekolah masih ditutup dan guru-guru banyak menggunakan platform online untuk mengajar dalam tempoh pkp ini.

Penolong Pengurus Norhafidah Mokhtar telah mengajar adik Muhsin dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari pada kedua-dua hari tersebut. Jam 9 pagi – 11 pagi diperuntukkan untuk belajar kelas online di zoom jam 11 – 1 tengahari pula adik Muhsin belajar educational games di abcya.com. Kami di PI Linggi sentiasa berusaha mengawal dan menjaga kebersihan PI bagi mengelakkan penularan Covid-19 dengan mematuhi SOP yang ketat seperti, pemakaian facemask, penjarakan sosial, pengambilan suhu badan, merekodkan maklumat diri pengguna, penggunaan hand sanitizer dan disinfeksi pada peralatan setiap kali selepas penggunaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali