Personal Class Norazelifah: Pindaan Maklumat SSM dan Kertas Kerja

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

4 Oktober 2020 – Pada jam 4 petang, Puan Azielifah telah hadir ke PI Linggi untuk mendapat tunjuk ajar cara membuat pindaan maklumat perniagaanya di laman web SSM di https://ezbiz.ssm.com.my. Beliau ingin menambah produk dan perkhidmatan di dalam daftar perniagaannya, maka dengan itu beliau telah diajar untuk membuat pendaftaran profile dan melog masuk, mencipta kata laluan yang kukuh (Advokasi Tips Keselamatan Kata laluan), Langkah-langkah membuat perubahan maklumat perniagaan, Menyelesaikan transaksi pembayaran menggunakan FPX dan akhirnya memuat turun dokumen yang diperlukan setelah transaksi berjaya.

Setelah itu, beliau turut belajar cara untuk membuat kertas kerja perniagaan. Sebelum ini, beliau telah tersilap menaip kertas kerja di dalam Ms Excel. Penolong Pengurus menasihatkan beliau untuk menukar kertas kerja tersebut dalam bentuk Word agar lebih mudah untuk disunting dan dicetak. Beliau diajar untuk memperkemaskan dokumen tersebut agar lebih menarik, mudah dibaca dan difahami. Kelas ini berlansung selama 1 jam sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali