Personal Class Siti Norinin Alias: Pindaan Maklumat SSM & Permohonan GKP 2.0

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

4 Oktober 2020 – Puan Siti Norinin Alias hadir ke PI Linggi untuk meminta tunjuk ajar cara membuat pindaan maklumat perniagaan SSM di https://ezbiz.ssm.com.my. Oleh itu, beliau telah diajar cara mendaftar profile dan melog masuk, mencipta kata laluan yang kukuh (Advokasi Tips Keselamatan Kata laluan), Langkah-langkah membuat perubahan maklumat perniagaan, Menyelesaikan transaksi pembayaran menggunakan FPX, Memuat turun dokumen yang diperlukan setelah transaksi berjaya.

Beliau juga disarankan oleh Penolong Pengurus PI Linggi untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 memandangkan beliau layak untuk memohon. Pemohonan GKP 2.0 adalah merupakan bantuan secara one-off yang diberikan oleh kerajaan kepada Pengusaha Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah RM3000 untuk meringankan beban kewangan perniagaan disebabkan wabak covid 19. Sesiapa yang berkelayakan boleh memohon di https://gkp.hasil.gov.my/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali