Adobe Photoshop Color Adjustment

13 September 2019 | Aktiviti Terkini

12 September 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Adobe Photoshop Color Adjustment yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Seramai 4 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tgh hari. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menggunakan aplikasi Adobe Photoshop kerana ianya dapat menarik minat mereka untuk belajar mengubahsuai gambar.

Di dalam kelas ini mereka diajar menggunkan teknik “Color Adjustment” untuk mencantikkan lagi gambar. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah cara memasukkan gambar ke dalam aplikasi Adobe Photoshop, penerangan mengenai fokus objek, cara menggunakan “Clone Stamp”, cara menggunakan “Brightness”, cara menggunakan “Level”, cara menggunakan “Curve”, cara menggunakan “Exposure” dan cara menggunakan “Shadow / Highlight”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali