Kelas Personal Rosmina Karim - Bimbingan ICT - Cara Perniagaan Menggunakan Food Panda

30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

29 Oktober 2021 – Puan Rosmina Karim, seorang pengusaha gerai makanan di Linggi telah hadir untuk mempelajari cara perniagaan Menggunakan Food Panda. Beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kemahiran dalam perniagaan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan dan kedatangan beliau adalah sangat tepat untuk mendapatkan bimbingan mengenai perniagaan cara ini.

Apa yang dipelajari oleh beliau cara memberikan harga jualan dan komisyen kepada ahli Food Panda, Perbankan Internet dan cara menggunakan peranti yang dibekalkan oleh pihak Food Panda. Bimbingan ini mengambil masa selama 1 jam dari pukul 10 pagi hingga 11 Pagi.

Selepas mendapatkan bimbingan dari pihak PIK Linggi, beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan secara perkhidmatan penghantaran makanan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali