Kelas Usahawan – Kunci Pemasaran yang Berkesan dan Taklimat Advokasi Oversharing dan Maklumat Palsu – Sesi 1 dan Sesi 2

3 November 2021 | Aktiviti Terkini

2 November 2021 – Seramai 19 orang peserta telah hadir terdiri dari pelajar Giat Mara Linggi, Negeri Sembilan untuk menyertai Kelas Usahawan Kunci Pemasaran yang Berkesan dan Taklimat Advokasi Oversharing dan Maklumat Palsu.

Kelas ini diadakan bagi memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar Giat Mara untuk mengenal pasti cara-cara yang berkesan dalam membuat pemasaran perniagaan mereka.

Antara topik yang diajar ialah cara bagi pelanggan Nampak produk mereka, kenal produk dan perniagaan mereka, suka kepada produk dan membina kepercayaan produk mereka.

Selain itu, mereka juga diberikan taklimat Advokasi Oversharing dan Maklumat Palsu. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan misi kempen Klik Dengan Bijak iaitu mendidik masyarakat supaya menjadi warga digital yang berliterasi dan bertanggungjawab serta menggalakkan penggunaan internet secara berhemah.

Di dalam taklimat ini, PIK Linggi menerangkan mengenai tajuk “Oversharing” dan “Maklumat Palsu”. Diantara pengisiannya ialah risiko sekiranya anda Overshare, antara akibat Oversharing, langkah menangani sikap Overshare dan utamakan privasi laman web anda

Terdapat 2 sesi taklimat advokasi ini dimana seramai 9 pelajar Giat Mara hadir pada sesi pertama dan 10 pelajar pada sesi kedua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali