Asas Komputer dan Advokasi Keselamatan di Internet

4 April 2021 | Aktiviti Terkini

3 April 2021– Kelas pertama di bulan April dimulakan dengan Kelas Asas Komputer dan Advokasi Keselamatan di Internet. Seramai 4 orang peserta telah hadir terdiri dari pelajar darjah 5 dan semuanya adalah pertama kali datang untuk belajar di PIK Linggi. Maka dengan itu tenaga pengajar iaitu Penolong Pengurus PIK Linggi telah memperkenalkan mereka perkara asas tentang mengenai computer dan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi.

Antara yang telah diajar ialah, Jenis-jenis perkakasan komputer, Cara membuat carian di internet dengan menggunakan Google search, Cara memuat turun dan menyimpan fail ke dalam komputer dan Jenis penstoran di komputer.

Peserta juga diberikan taklimat advokasi tentang Keselamatan di Internet di mana terdapat ancaman yang berbahagia jika mereka tidak berhati-hati dan cara menggunakan internet dengan berhemah. Kelas selama 2 jam ini bermula dari 10.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali