Kemaskini Dan Cetakan Semula Sijil SSM

10 April 2021 | Aktiviti Terkini

9 April 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi dikunjungi oleh Encik Haiman Imran bin Anuwi untuk membuat kemaskini dan cetakan semula sijil SSM.

Encik Haiman adalah seorang peniaga popia basah Popis di Linggi, Negeri Sembilan. Beliau sering menggunakan khidmat Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi untuk membuat sebarang dokumen berkaitan perniagaan beliau.

Setelah siap pendaftaran di sistem dan mengajar pemohon cara untuk log masuk, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan kemaskini, mengisi borang, membuat pembayaran melalui perbankan internet dan seterusnya menghantar permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali