Lawatan Pengarah Negeri MCMC N.Sembilan

24 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

23 Disember 2021 – PEDi Linggi telah menerima kunjungan dari Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan iaitu Encik Mohd Khairilnaim Osman. Beliau hadir untuk melawat keadaan PEDi Linggi yang ditimpa musibah banjir pada 18 Disember yang lalu. Turut hadir bersama ialah Puan Siti Faziyah sebagai wakil daripada Maxis.

Encik Mohd Khairilnaim telah memberikan pandangan tentang apakah langkah yang perlu diambil memandangkan ini adalah kali ketiga PEDi Linggi dilanda banjir. Beliau turut menegaskan kepentingan perkhidmatan PEDi ini kepada komuniti dan apa usaha atau alternatif perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada komuniti walaupun hampir semua perabot dan barangan musnah di dalam banjir tersebut. Beliau turut menyarankan agar urusan pembersihan dilakukan dengan segera agar PEDi boleh beroperasi semula seperti biasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali