Kelas Personal Membuat Resume
17 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini16 Ogos 2021 – Pada hari Isnin yang lalu dari jam 10 pagi hingga 11 pagi, PI Linggi telah dikunjungi oleh Muhammad Faid bin Mustafar Kamal untuk mempelajari cara-cara membuat resume. Peserta diberikan tutorial dan cara-cara penyediaan Resume yang menarik dan dapat mempengaruhi pandangan pertama majikan terhadap calon yang memohon kerja.
Antara topik yang diajar ialan pengenalan kepada Resume (kepentingan dan tujuan), perbezaan Resume & Curriculum Vitae dan juga jenis-jenis Resume. Selain itu, kelas ini juga dapat mengasah kemahiran peserta di dalam menggunakan aplikasi Microsoft Words.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: