Kelas Personal – Kemaskini Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

24 September 2021 | Aktiviti Terkini

23 September 2021 – Puan Radziah Ariffin telah berkunjung ke PIK Linggi dan bertemu dengan Penolong Pengurus untuk belajar cara membuat kemaskini bagi permohonan Bantuan Musim Tengkujuh Risda 2021 (BMT).

BMT merupakan bantuan yang disalurkan kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh.

Puan Radziah diajar cara membuka pautan ke laman web kemaskini http://bmt.risda.gov.my/bmtsemakan/ untuk membuat semakan. Beliau diajar cara memasukkan data yang diperlukan, menghantar pengemaskinian dan mencetak keputusan. Sesi berlansung selama 30 minit sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali