Video Tutorial Cara Gabung Landscape dan Potrait_25 Jun 2021

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

25 Jun 2021 – Memandangkan program dan kelas latihan terpaksa dihentikan dalam tempoh PKP 3.0 ini, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi telah mengambil inisiatif untuk membuat video tutorial secara online menggunakan media sosial.

Video tutorial kali ini bertajuk ‘Cara Menggabungkan Potrait dan Landscape Di dalam Satu Dokumen’. Ramai pengguna Microsoft Word yang tidak tahu bahawa Orientasi Potrait & Landscape boleh digabungkan dalam satu dokumen bagi memudahkan pembacaan terutamanya ketika ingin meletakkan rajah yang bersaiz besar.

Ianya bergantung kepada teknik memasukkan lampiran baru samada menggunakan teknik Menaip sehingga keluar muka surat baru, Insert Blank Page ataupun menggunakan Section Breaks.

Bagi yang ingin menonton video tutorial ini di laman Facebook PIK Linggi, boleh klik pautan ini: https://www.facebook.com/PIKLinggi/videos/1959184010899930 .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali