Perbaharui Permit Khas Subsidi Minyak Diesel

27 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

26 Februari 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi dikunjungi oleh Encik Tan Soon Siong untuk membuat Permohonan Memperbaharui Permit Khas Subsidi Minyak Diesel.

Encik Tan Soon Siong adalah seorang kontraktor di Linggi, Negeri Sembilan yang menggunakan jentera Traktor dan pengepam air bagi membuat kerja-kerja pertanian. Beliau sering menggunakan khidmat Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi bagi membuat sebarang dokumen berkaitan pertanian dan perkebunan.

Setelah siap pendaftaran Sistem MySubsidi Khas Permit dan mengajar pemohon cara untuk log masuk, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan permohonan/ kemaskini, mengisi borang, mengimbas dokumen yang diperlukan, memuatnaik dokumen ke laman web dan seterusnya menghantar permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali