Pendaftaran Email Dan Google Class

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

25 April 2021 – Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi telah dikunjungi oleh seorang pelajar bernama Ainel Dania bt A. Aziz untuk membuat pendaftaran akaun Google Mail dan Google Classroom bagi memudahkan pembelajaran beliau di dalam musim pandemic ini. Di dalam kelas ini, peserta telah dibantu untuk mendaftar akaun email terlebih dahulu. Selepas pendaftaran akaun email selesai, peserta diperkenalkan dengan aplikasi yang sering digunakan seperti Gmail, Google Hangout, Google Photo, Google Drive, Google Doc/ Form/ Sheet. Bagi Google Class pula, peserta diajar mengenai cara-cara menggunakan aplikasi tersebut seperti cara menyiapkan tugasan daripada guru, cara menambah “Class Comment”, cara memuat-naik tugasan dan cara menukar “Profile Picture”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali