Kelas Mencipta Kad Hari Ibu Secara Online

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

9 Mei 2021 – PIK Linggi mengadakan Kelas Membuat Kad Hari Ibu yang di sambut pada hari yang sama iaitu 9 Mei 2021. Kelas ini dihadiri oleh seramai 4 orang peserta. Kelas diadakan selama 1 jam dari jam 1.00 hingga ke jam 2.00 petang. Peserta diajar untuk mencari open source iaitu lama web yang menyediakan template graphic design secara percuma di internet. Antara yang diteroka ialah, Canva, Crello & Greetings Island.

Tenaga pengajar iaitu Puan Norhapidah Mokhtar (Penolong Pengurus PI Linggi) telah memilih greetingsisland.com untuk peserta membuat kad ucapan Hari Ibu tersebut memandangkan ianya lebih mudah dan sesuai untuk peserta yang hadir. Mereka diajar menggunakan fitur-fitur yang terdapat di laman web tersebut. Kad-kad itu kemudian dimuat turun, dicetak dan diberikan kepada peserta untuk di berikan kepada ibu mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali