Pendaftaran Online Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

13 Mac 2021– Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi dikunjungi oleh Encik Mohd Haziq Ifwat Bin Hamzah untuk membuat Permohonan Pendaftaran Portal Online Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Encik Mohd Haziq adalah salah seorang penduduk komuniti setempat dan baru hendak memulakan perniagaan beliau di Linggi, Negeri Sembilan.

Beliau sering menggunakan khidmat Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi bagi membuat sebarang dokumen berkaitan perniagaan beliau. Setelah siap pendaftaran Sistem EZbiz Online dan mengajar pemohon cara untuk log masuk, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan permohonan/ kemaskini, mengisi borang, mengimbas dokumen yang diperlukan, memuatnaik dokumen ke laman web dan seterusnya menghantar permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali