Pendaftaran Online Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

25 April 2021– Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi dikunjungi oleh Encik Muhammad Aidid Bn A.Aziz untuk membuat Permohonan Pendaftaran Portal Online Lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Encik Aidid adalah salah seorang penduduk Rumah Rakyat Pengkalan Durian dan mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan. Antara langkah pertama beliau untuk berniaga ialah mendaftar syarikat SSM. Beliau sering menggunakan khidmat Pusat Ekonomi Digital Komuniti Linggi bagi membuat sebarang dokumen berkaitan perniagaan beliau. Setelah siap pendaftaran Sistem EZbiz Online dan mengajar pemohon cara untuk log masuk, barulah diteruskan dengan cara-cara menyiapkan permohonan/ kemaskini, mengisi borang, mengimbas dokumen yang diperlukan, memuatnaik dokumen ke laman web dan seterusnya menghantar permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali