Kelas Telegram For Education

22 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

21 Mac 2021 –Pengurus PI Linggi telah mengadakan Kelas Telegram For Education. Ianya dihadiri oleh seramai 2 orang peserta dari golongan pelajar sekolah menengah. Kelas diadakan selama setengah jam sahaja iaitu dari 10.00 pagi hingga ke 12.00 tengah hari. Di dalam kelas ini, mereka diajar mengenai Telegram Bot, Bot adalah akaun Telegram yang dikendalikan oleh perisian dan bukan manusia.

Ianya mempunyai ciri AI (Artificial Intelligence) Bot-bot ini mempunyai banyak fungsi seperti mengajar, bermain, mencari, menyiarkan, mengingatkan, berhubung, berintegrasi dengan perkhidmatan lain bahkan menyampaikan perintah ke Internet of Things (IoT). Antara telegram bot yang dperkenalkan kepada pelajar dan diajar cara menggunakannya ialah PandaiBot, Skeddy, GetMediaBot dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali