Pembukaan Semula PEDi Linggi Selepas Banjir

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

20 Mei 2022 2022 – Ramai yang mengetahui bahawa PEDi Linggi telah mengalami kerosakan yang agak teruk selepas dilanda banjir pada 18 Disember 2021 yang lalu. Oleh sebab itu, PEDi Linggi tidak dapat beroperasi sehinggalah betul-betul dibaiki. Tetapi memandangkan permintaan yang tinggi daripada komuniti yang memerlukan perkhidmatan daripada PEDi terutamanya khidmat nasihat ICT dan percetakan. Maka pada 16 Mei 2022 yang lalu, PEDi Linggi telah beroperasi semula tetapi dengan servis yang minima.

Servis minima ini bermakna hanya perkhidmatan percetakan (print, scan, copy), 1 komputer riba sahaja yang disediakan untuk pengguna menaip dan melayari internet, serta khidmat nasihat ICT dan Keusahawanan Digital sahaja yang disediakan. Kelas-kelas yang memerlukan penggunaan bilik latihan dan projektor akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali