Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 16/2022- Padah Terlebih Kongsi

29 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

28 Julai 2022, Khamis – Staff PEDi Linggi telah mengikuti Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 16/2022- Padah Terlebih Kongsi. Program ini telah diadakan secara maya di Facebook Klik Dengan Bijak. Moderator untuk program ini ialah Ts Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC. Manakala penceramah pula ialah Puan Amy Harlina Amran, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Negeri Selangor.

Initpati program ini adalah mengenai padah jika terlebih kongsi di media sosial. Seperti yang kita sedia maklum, top peranti menurut Internet User Servey 2020, MCMC untuk mengakses internet di Malaysia adalah telefon pintar. Dan aplikasi rangkaian social yang banyak di gunakan oleh rakyat Malaysia adalah Facebook dan aplikasi komunikasi social adalah Whatsapp. Ini menunjukan rakyat Malaysia sentiasa mengakses internet setiap masa dan membawa kepada risiko-risiko didalam talian seperti terlebih kongsi maklumat.

Apa itu terlebih kongsi (Oversharing)? Terlebih kongsi ialah kita mengepos terlalu banyak infomasi atau maklumat peribadi terutamanya di laman rangkaian social dan membiarkan jutaan orang di internet melihat informasi peribadi anda. Antara risiko yang akan dihadapi produktiviti harian berkurang, memjejaskan reputasi kita sebagai pekerja khususnya, ancaman keselamatan dari orang yang tidak dikenali, berlakunya perbandingan social, jenayah siber seperti hendap siber, kecurian identitidan rompakan harta benda, dan yang terakhir risiko keretakan rumahtangga jika terlebih berkongsi di media social.

Kesimpulanya, terlebih kongsi (Oversharing) tidak hanya memberitahu siapa anda tetapi ianya melibatkan isu keselamatan dan privasi anda. Jadi, bijaklah berkongsi!

Program ini diadakan selama 1 jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Ia disertai oleh pelbagai PEDi di Malaysia. Program ini diakhiri dengan sesi menjawab kuiz pemahaman mengenai padah terlebih kongsi secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali