Advokasi Online Grooming di Perpustakaan

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

23 Julai 2022 – PEDi Linggi telah mengadakan satu kolaborasi dengan Perpustakaan Desa Pengkalan Durian untuk mengadakan taklimat advokasi di dalam program aktiviti yang diadakan di perpustakaan tersebut.

Aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Bertemakan Alam Sekitar dan disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah seramai lebih kurang 25 orang. Setelah pertandingan selesai, PEDi Linggi mengambil giliran untuk menyampaikan sedikit taklimat mengenai Online Grooming kepada semua tetamu.

Memandangkan zaman sekarang ramai kanak-kanak sudah terdedah kepada internet dan kebanyakannya sudahpun mempunyai akaun media sosial ataupun nombor whatsapp sendiri, maka dengan itu amatlah penting untuk mendedahkan apa itu Online Grooming kepada mereka dan bahaya yang akan mereka tempuh jika terjebak dengan bahaya Online Grooming ini.

Penyampaian taklimat ini mengambil masa lebih kurang 2 jam bermula dari 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Majlis turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali