Program Pemerkasaan Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti di Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2022

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

20 Ogos 2022, Sabtu – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Linggi telah menyertai Program Pemerkasaan Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti di Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2022 yang berlangsung selama 1 hari pada 20 Ogos 2022 yang bertempat di Casa Lagenda Convention Centre, Seremban.

Program ini merupakan program sukarelawan yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi tahun 2022 pula, program ini telah dinaiktaraf iaitu usahawan pula yang dijadikan sebagai usahawan PEDi untuk dibantu.

Program ini bukan sekadar membantu komuniti menjadi celik ICT dan membudayakan penggunaan internet secara bertanggungjawab, malah lebih daripada itu, SKMM melalui inisiatif tersebut berhasrat melihat masyarakat meningkatkan sosioekonomi mereka melalui penggunaan ICT.

Setiap sukarelawan MIV akan melengkapkan aktiviti MIV selama 3 bulan dengan memberi maklumat kepada komuniti tentang kempen Klik Dengan Bijak, maklumat kurier oleh Poslaju dan pembayaran mudah oleh perkhidmatan Paynet serta cara-cara mengedit gambar dan video untuk tujuan promosi produk untuk bakal-bakal usahawan PEDI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali