Personal Class Siti Sahak_Permohonan JKM

22 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

21 Mac 2022 – Siti telah menghubungi Penolong Pengurus Pedi Linggi iaitu Norhapidah Mokhtar untuk meminta tunjuk ajar cara memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat secara online. Untuk makluman, Siti adalah merupakan seorang OKU lembam yang tidak tahu lansung menggunakan komputer. Norhapidah telah menjemput Siti datang ke rumah memandangkan agak sukar mengajar beliau menggunakan whatsapp di mana beliau sendiri hanya berkomunikasi menggunakan mesej suara melalui whatsapp sahaja. Sesi tunjuk ajar berlansung selama kira-kira 1 jam setengah sahaja iaitu dari jam 11.30 pagi hingga ke jam 1 tengahari.

Kembali Ke Atas

kembali